Tuesday 31 July 2012

GENGSTERIME

Isu gengsterisme perlu dilihat 
secara holistik


KUALA LUMPUR: Isu gengsterisme membabitkan pelajar perlu dilihat secara holistik bagi mengenal pasti sama ada masalah itu berpunca dari sekolah atau elemen luar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini kerana wujud kecenderungan untuk mengaitkan perbuatan remaja di luar kawasan sekolah dengan status mereka sebagai pelajar.  “Memang semua anak muda pada peringkat umur tertentu adalah pelajar sekolah, tetapi kita perlu melihat apa yang mendorong perlakuan mereka itu (gengsterisme)... mungkin ada kaitan dengan persekitaran mereka di luar sekolah,” katanya selepas majlis meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini, semalam. Pada 26 Julai lalu, tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai di Ampang, cedera apabila dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai anggota kongsi gelap di depan sekolah mereka kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mahu pulang, apabila enggan menyerahkan sejumlah wang yang diminta kumpulan itu. 



Artikel penuh: http://www.bharian.com.my/articles/Isugengsterismeperludilihatsecaraholistik/Article/

Monday 30 July 2012

ROTAN


Patut atau tidak pelajar sekolah dirotan?

"BAGI saya boleh … 'anytime' cikgu boleh merotan atas kesalahan yang difikirkan perlu, syarat merotan di bawah paras lutut dan kemudian harus dirotan di hadapan murid lain." Demikian pandangan seorang pembaca dalam ruangan 'facebook.com/utusan_online' yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysiabaru-baru ini.
Kini cadangan guru dibenarkan merotan pelajar yang melanggar disiplin sekolah telah banyak dibincangkan dalam akhbar dan media sosial. Walaupun ada pendapat yang menentang namun ada juga yang menyokong kerana merasakan guru mempunyai peranan besar membantu menangani salah laku pelajar.
Menurut mereka jika masalah disiplin tidak ditangani dengan betul ketika pelajar berada di bangku sekolah dikhuatiri boleh menimbulkan masalah lebih besar apabila mereka meninggalkan sekolah nanti.
Sesungguhnya amat merisaukan apabila melihat angka statistik dan pemaparan melalui media massa gejala sosial di kalangan remaja. Misalnya isu 'mat rempit,' apa yang mereka lakukan bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut menjejaskan keselamatan orang lain. Lebih membimbangkan mereka sudah berani mencabar pihak berkuasa dan merempit di tempat yang terbuka. Ada ketikanya orang awam turut dikasari hanya kerana cuba menasihati perbuatan yang tidak berfaedah itu.

OBESITI

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

pix_gal0

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. 

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.