Tuesday 31 July 2012

GENGSTERIME

Isu gengsterisme perlu dilihat 
secara holistik


KUALA LUMPUR: Isu gengsterisme membabitkan pelajar perlu dilihat secara holistik bagi mengenal pasti sama ada masalah itu berpunca dari sekolah atau elemen luar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, ini kerana wujud kecenderungan untuk mengaitkan perbuatan remaja di luar kawasan sekolah dengan status mereka sebagai pelajar.  “Memang semua anak muda pada peringkat umur tertentu adalah pelajar sekolah, tetapi kita perlu melihat apa yang mendorong perlakuan mereka itu (gengsterisme)... mungkin ada kaitan dengan persekitaran mereka di luar sekolah,” katanya selepas majlis meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini, semalam. Pada 26 Julai lalu, tiga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai di Ampang, cedera apabila dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai anggota kongsi gelap di depan sekolah mereka kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika mahu pulang, apabila enggan menyerahkan sejumlah wang yang diminta kumpulan itu. 



Artikel penuh: http://www.bharian.com.my/articles/Isugengsterismeperludilihatsecaraholistik/Article/

7 comments:

  1. masalah gengsterisme ni semakin menjadi-jadi. kalau baca di dada akhbar macam-macam cerita yang melibatkan murid-murid sekolah terlibat dengan jenayah. masalah ini sukar dikawal dan di pantau kadang-kadang hal ni disebabkan oleh murid-murid yang inginkan perlindungan dari kumpulan-kumpulan tertentu supaya tidak dibuli. jadi secara rela mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap. kadang-kadang gensterisme yang dilakukan ni juga disebabkan masalah keluarga. sebagai guru kita kena gunakan pendekatan yang betul untuk mengatasi masalah ini. ibarat menarik tepung di dalam rambut. rambut x putus tepung tak berselerak.

    ReplyDelete
  2. Masalah ini memang tiada kesudahaan.ramai pelajar-pelajar yang terlibat dalam gejala ini sebab merasakan diri mereka digeruni pelajar yang lain. tapi hakikatnya perbuatan mereka akan mendatangkan keburukan buat diri mereka di kemudian hari. ibu bapa harus sentiasa memantau kegiatan anak-anak dan jangan hanya mengharapkan pihak sekolah untuk memantau anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tidak dinafikan masalah ini semakin membimbangkan. Di manakah silapnya??? Guru dan ibu bapa tidak sepatutnya saling menunding jari. Masing-masing punya peranannya. Sekiranya peranan masing-masing diabaikan,maka tidak hairanlah jika pelbagai masalah lain lagi akan timbul

    ~radiah ismail~

    ReplyDelete
  5. Gengsterism merupakan isu nasional yang diperkatakan sekian lama, sejak tahun 1990-an lagi. Namun isu ini masih buntu penyelesaiannya. Apapun persoalannya, isu ini sangat penting dan semakin menular bukan sahaja di sekolah-sekolah bandar, malah mula menapak di sekolah-sekolah luar bandar. Gengsterism di kalangan pelajar sekolah meliputi salah laku dan jenayah yang melibatkan pergaduhan, buli, peras ugut, mencuri, membunuh, merogol dan pelbagi salah laku yang lain lagi.

    Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Sekolah-sekolah sepanjang tahun 1986 menunjukkan sebanyak 48 jenis salah laku yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Daripada bilangan sampel seramai 2,542,336 iaitu 1,077,534 pelajar sekolah rendah adalah didapati bahawa seramai 112,697 (4.4%) telah terbabit dengan beberapa jenis salah laku.(Ramlan Hamzah,1995; 135) Sebanyak 5,056 pelajar (0.47%) terbabit dengan jenis salah laku bergaduh / bertumbuk, salah satu salah laku yang melibatkan gengsterism. style=”font-family: Arial;”>Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai gengsterism atau kegiatan samseng di sekolah menengah harian mendapati beberapa penemuan yang cukup mengejutkan terutamanya mengenai penglibatan pelajar perempuan di dalam kegiatan yang berkaitan dengan gengsterism seperti bergaduh dan terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral. (Dewan Siswa, Jun 2000;8)

    Dunia pendidikan gempar dengan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan gengsterism ini di kalangan pelajar sekolah sedikit masa dulu. Antaranya :-
    493 kes jenayah cederakan pelajar di Johor ( Utusan Malaysia 25 Julai 2000)
    Polis di Jerantut, Pahang telah menahan tujuh pelajar lelaki SMK Jerantut kerana dipercayai membelasah seorang murid Tingkatan Dua. (Utusan Malaysia, 1 Julai 2003)
    kes Mohd Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut pada tahun 2005.(The Star, 10 Ogos 2005).
    Yusrizad Yaacob dai Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong, Alor Star, Kedah yang telah dibelasah oleh lima orang rakannya di luar kawasan sekolah yang mengakibatkan kecederaan teruk di kepala dan pinggangnya. (Harian Metro, 3 Mac 2006).

    Dalam melahirkan modal insan yang cemerlang banyak pihak yang terlibat untuk menangani masalah ini. Hal ini perlu di selidiki dari akar umbi. Kita perlu mencari punca-punca berlakunya gesterisme ini supaya ianya tidak menjadi masalah yang serius. ini kerana kita perlu sedar, generasi muda pada masa kini adalah pewaris di masa hadapan. Mereka ini lah yang akan memimpin negara. Adakah kita mahu membiarkan sahaja negara kita ditadbir oleh generasi yang bermasalah. mari kita renungkan kata-kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini”

    ReplyDelete
  6. Dewasa ini, kita sering mendengar pelbagai masalah salah laku dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya masalah gangsterisme. Pelajar-pelajar pada masa kini tidak lagi mempedulikan kesan buruk yang akan mereka hadapi sekiranya bertindak agresif. Mereka tidak berfikir panjang dan hanya mengikut nafsu amarah yang akhirnya mengundah padah. Adakalanya tindakan yang dilakukan akan menyebabkan masa depan mereka hancur dan musnah. Gangsterisme mengikut Kamus dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1996 halaman 700, Gengsterisme (Kongsi gelap) didefinisikan sebagai Kumpulan Sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu.

    Setiap masalah pasti dapat diselesaikan andainya puncanya dapat dikesan. Pada pendapat saya, masalah gengsterisme ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan agama dalam diri para pelajar. Didikan agama amat penting dan merupakan satu garis panduan dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna. Setiap agama sememangnya menitik beratkan tentang nilai ketaatan kepada tuhan. Nilai ini merupakan asas kepada kesejahteraan hidup masyarakat. Hal ini kerana, nilai ini akan mampu membendung kita daripada melakukan apa sahaja kesalahan. Individu yang taat kepada tuhan dan ajaran agama pasti sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada melakukan sebarang kesalahan. Individu yang menjadikan nilai ketaatan kepada tuhan sebagai pegangan pasti dapat membentuk nilai-nilai positif yang lain seperti menghormati orang lain atau orang yang lebih tua, bertolak ansur, menjaga maruah diri dan menghargai diri sendiri dan orang di sekeliling. Hal ini sekaligus dapat menghalang berlakunya masalah gengsterisme yang semakin membimbangkan.

    Oleh itu, ibu bapa mahupun guru perlu memainkan peranan dalam memberi didikan agaman yang secukupnya dan bukannya saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  7. Sejak akhir-akhir ini masalah gengsterism semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Jika masalah ini tidak diatasi lebih awal, keadaan akan menjadi lebih teruk lagi. Kebanyakkan pelajar-pelajar sekolah hari ini terlibat dengan masalah gengsterism adalah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Ini kerana kita dapat lihat ibu bapa yang sibuk mengejar kerjaya dan kemewahan tidak mempunyai masa bersama keluarga. Hal ini mendorong mereka untuk mencari keseronokkan dan kepuasan diri dengan melakukan perkara yang tidak diingini seperti membuli, memeras ugut, bertumbuk dan sebagainya. Malah jangan terkejut jika ada pelajar di luar sana terlibat dengan masalah jenayah yang serius seperti mencuri dan sebagainya. Hal ini haruslah dicegah dari akar umbinya. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting di mana rakan-rakan inilah yang merupakan pengaruh yang paling kuat untuk terlibat dalam masalah ini. Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa semua pihak seharusnya sama-sama berganding bahu antara satu sama lain dalam menangani masalah ini di kalangan pelajar-pelajar sekolah hari ini. mereka merupakan generasi yang akan memimpin Negara suatu hari nanti

    ReplyDelete