Monday 30 July 2012

OBESITI

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

pix_gal0

KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. 

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawalan di sekolah boleh dilaksanakan dengan melarang penjualan makanan-makanan tersebut. walaubagaimanapun, masalah ini takkan dapat diselesaikan sekiranya ibu bapa itu sendiri tidak membantu dalam menangani masalah ini. kesedaran ibu bapa itu penting. gaya makanan anak-anak ini bermula dari gaya pemakanan di rumah. anak-anak jika tidak diajar untuk makan makanan ringan kemungkinan mereka juga tidak akan suka makan makanan ringan tersebut. jadi gaya pemakanan di rumah yang perlu di ambil kira terlebih dahulu..

      Delete
  2. Isu ini menjadi semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Makanan yang tersenarai tersebut adalah jenis-jenis makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan oleh murid-murid bagi mengelakkan berlakunya masalah obesiti. Ibu bapa itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam pemilihan makanan untuk anak-anak mereka dan mengajar mereka makanan apa yang elok untuk kesihatan dan sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya media massa juga turut mempengaruhi amalan pemakanan generasi pada masa kini lebih-lebih lagi kanak-kanak. Makanan yang diiklankan di televisyen atau di suratkhabar menarik perhatian mereka untuk mencuba makanan yang diiklankan. Ibu bapa kadangkala mengawal pemakanan anak-anak mereka tetapi disebabkan hal ini ada sabahagian ibu bapa yang tidak sampai hati menghampakan permintaan anak-anak mereka. Fenomena pada masa kini juga kita lihat anak-anak turut diumpan dengan ganjaran makanan-makanan yang tidak berkhasiat seperti KFC,MCDonald dan sebagainya. Ibu bapa memberi ganjaran sebegini untuk menarik perhatian anak-anak untuk membuat sesuatu perkara yang diigini oleh ibu bapa seperti mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bila kita lihat kembali apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah satu langkah yang baik. Walaubagaimanapun kita perlu selidiki terlebih dahulu apakah punca-punca sebenar masalah ini terjadi. Oleh yang demikian, dalam mengatasi masalah ini banyak pihak yang terlibat dan perlu bersama-sama menanganinya. Ini kerana apabila kita berbincang berkaitan isu makanan ia melibatkan banyak pihak. Secara logik kita boleh berfikir amalan atau gaya pemakan seseorang itu sukar untuk kita kawal melainkan kesedaran dari diri sendiri. Apa yang dikesalkan apabila gaya pemakanan yang tidak sihat ini memberi kesan kepada tubuh badan seseorang lebih-lebih lagi kanak-kanak baharulah tindakan untuk membanteras masalah ini diberi perhatian. Sepatutnya hal ini perlu dicegah daripada dahulu lagi sebelum ia merebak menjadi satu masalah yang serius. Ibarat kata pepatah 'mencegah itu lebih baik daripada mengubati'

    ReplyDelete
  4. MEMILIH MAKANAN LEBIH SIHAT DI SEKOLAH
    Isu hangat kebelakangan ini adalah mengenai makanan kantin yang tidak sihat membuatkan ramai ibu bapa ragu-ragu dengan jenis makanan yang dijual di kantin sekolah anak-anak mereka. Sebenarnya, ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka untuk memilih makanan yang sesuai dan lebih berkhasiat apabila membeli makanan seperti snek pada waktu rehat di kantin sekolah.
    Makanan snek yang diambil oleh anak-anak pada waktu rehat di sekolah bukanlah untuk menggantikan sarapan atau makan tengah hari. Snek yang berkhasiat boleh membantu mengenyangkan mereka sehingga waktu makan tengah hari, dan yang paling penting, memberi mereka tenaga yang diperlukan untuk belajar dan melakukan aktiviti di sekolah.
    Bagi ibu bapa, amat penting untuk mereka memantau makanan yang diambil oleh anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka terutamanya anak-anak yang berada di sekolah rendah bagaimana untuk memilih snek yang lebih sihat dengan cara mengunjungi kantin sekolah bersama anak-anak dan membantunya memilih jenis makanan yang berkhasiat.
    Terdapat banyak petua yang boleh diikuti dan diguna pakai oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak memilih jenis makanan khususnya jenis makanan yang patut diambil secara lebih kerap, sesekali dan seboleh-bolehnya dielakkan sama sekali. Yang pertama ialah menggalakkan anak-anak mengambil lebih kerap makanan seperti snek yang kurang berminyak dan kurang manis, tetapi membekalkan nutrien yang berguna, seperti sandwich dengan inti telur, ayam, sardin atau tuna, kuih apam, pau kukus, atau mihun sup dengan sayuran dan daging. Mereka juga digalakkan untuk mengambil banyak buah-buahan seperti pisang, jambu batu dan epal kerana ia juga merupakan pilihan makanan yang baik dan berkhasiat. Bagi minuman pula, mereka digalakkan dan diharuskan untuk mengambil minuman kurang manis dan berkhasiat seperti susu, susu kacang soya, jus buah-buahan segar dan minuman yogurt.
    Seterusnya ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka supaya mengambil makanan-makanan tertentu secara berkala seperti sekali sekala iaitu menghadkan kepada satu atau dua kali seminggu. Contoh makanan tersebut adalah seperti nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, kuew tiaw goreng, mee kari dan sebagainya. Makanan ini hanya boleh diambil sesekali sahaja kerana ia membekalkan beberapa nutrient yang penting, tetapi mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Ibu bapa seharusnya menasihati anak-anak supaya makan dengan kadar yang sedikit seperti setengah pinggang.

    ReplyDelete
  5. Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

    Larangan penjualan 15 jenis makanan di sekolah merupakan langkah yang wajar yang diambil oleh kerajaan dalam mengatasi masalah obesiti dalam kalangan murid di sekolah. Namun, hal ini tidak bermakna masalah obesiti ini berpunca daripada amalan pemakanan di sekolah sahaja. Ianya juga berpunca daripada amalan pemakanan di rumah. Ibu bapa yang berkerjaya tidak mempunyai masa yang mengcukupi untuk menyediakan makanan di rumah. Kadang kala disebabkan kesuntukan masa dan penat setelah seharian di tempat kerja membuatkan ibu bapa hanya mampu menyediakan hidangan yang ringkas sahaja. Ada juga sebahagian ibu bapa lebih suka membawa anak-anak makan di luar dan lebih buruk lagi apabila ibu bapa memilih hidangan segera yang tidak berkhasiat. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar akan peranan dalam mengawal amalan anak-anak mereka.

    Selain itu, masalah obesiti di kalangan murid sekolah ini juga berpunca daripada aktiviti fizikal yang tidak aktif. Kanak-kanak sekarang kurang melakukan aktiviti riadah sebaliknya lebih gemar menghabiskan masa di depan televisyen atau komputer. Kemudahan teknologi seperti PS3, internet dan Astro telah menyebabkan kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Hal ini demikian menjadikan mereka tidak bergerak aktif. Berbeza pada masa dahulu, kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa dengan permianan yang memerlukan pergerakan aktif seperti teng-teng, sembunyi-sembunyi, ‘police centry’ dan pelbagai lagi. Oleh itu tidak hairanlah masalah ini tidak menjadi isu yang diperdebatkan pada masa dulu.

    Kesimpulannya, dalam usaha mengatasi masalah ini, masyarakat tidak boleh hanya meletakkan tanggungjawab ini pada pihak sekolah semata-mata tetapi ibu bapa juga harus sedar dan seterusnya bertindak sewajarnya.

    ReplyDelete